Tuesday, January 25, 2011

duit???

Assalamualaikum...

okey, saya mintak tolong pembaca berfikir sejenak.. apa perkara kalau dalam dunia ni kita takde, kite akan mati.
saya penah tanye soalan ni dari banyak orang dan jawapan nya adalah..
udara, nyawa, "kebenaran"  dan macam-macam lagi. tapi bila tanya kat seorang kawan saya yang berbangsa cina. dia menjawab "duit la". Agak terkejut saya ea bila mendengar. tapi apabila berfikir, saya hampir bersetuju dengan apa yang diperkatakan. saya pun tanye la kawan saya ni, " kalau ada duit berjuta-juta pun kalau takde udara macam mane?" dia menjawab"you tau tak adib, suatu hari nanti udara akan jadi limit, dan kita hanya boleh beli udara yang terhad dekat muka bumi, so kalau siapa yang miskin akan mati la"
tersentak dengan jawapan dia. secara tak sedar, bumi kita diancam pencemaran yang agak teruk.

saya masih tak mengalah dengan jawapan die, saya pun tanya la dia" macam mane lak kalau dari sudut agama??? penting ke duit tu? padahal kita tau yang agama ni adalah penting dalam kehidupan dan tidak dituntut untuk mengejar harta, macam mane??"
untuk maklumat, kawn saya ni nama die june dan dia mengambil matapelajaran tasawur dan amat berminat dengan agama islam. lalu die pun manjawab soalan saya tadi.
"adib, memang dari segi keagamaan tidak dituntut untuk mengejar harta dunia. tapi dalam agama islam saya pernah dengar ustazah fira (cikgu sekolah saya) dia cakap, umat islam membuat ibadat dengan banyak macam esok hendak kiamat, dan mencari rezaki macam kita hendak hidup seribu tahun lagi"
terkejut dengan jawapan tu, macam mane insan yang bukan islam boleh keluarkan jawapan macam tu padahal bile kite tanye orang islam sendiri susah kita nak carik jawapan macm tu.
di sambung lagi.
"ustazah fira pun penah cakap, bagi lelaki yang sempurna syarat tuk sembahyang, dituntut untuk ke masjid untuk sembahyang jumaat, tapi selepas dari sembahyang tu, bertaburan la di muka bumi, awak faham kan adib??"

saya senyum, itu adalah pengetahuan asas bagi seorang islam, tapi takde orang pun guna kan ilmu-ilmu macam tu tuk manjawab soalan-soalan pelik.semenjak dari hari tersebut, saya dah bermula berfikir dengan lebih terbuka dan sentiasa untuk mencuba meletakkan agama di hadapan sebelum membuat sesuatu keputusan.
sekian....

2 comments:

  1. gelabah la ko..maksud aku kat ayat ni..

    "mencuba meletakkan agama di hadapan"

    amek ayat orang..hahaha

    ReplyDelete
  2. menjadi lumrah jika manusia bercemburu antra satu sama lain..tapi takde masalah, orang-orang macam ni akan sedar suatu hari(ayat-ayat yang meletakkan agama kat depan)

    ReplyDelete