Tuesday, February 15, 2011

ipod nano?

assalamualaikum wahai pembaca sekalian..

pertama sekali saya ingin memohon maaf atas dah lama tak post.. kepada sifu2 saya, jangan la marah.. semenjak dua menjak ni sebuk sangat. maklum la, pelajar universiti. okey, my last post masa sebelum cuti tahun baru cina... saya ada benda nak tunjuk hasil dari cuti tersebut. ini dia..



my new ipod nano!!!!


macam mana??? menarik kan???
mesti ada pembaca anggap saya ni orang kaya la.. belagak la.. itu la ini la...
untuk pengetahuan semua, tujuan saya buat post kali ni nk bercerita skit pasal produk ni dan juga berkaitan janji janji yang dibuat oleh manusia itu sendiri.

*Tujuan pembelian benda ni.
petama sekali semua pembaca dah tau yang saya ni seorang penuntut universiti, saya juga mengambil satu kursus yang boleh tahan jugak la susah nya... mungkin bagi orang lain kursus ni senang, tapi bagi saya memang susah sebab saya ni kurang bijak sikit.haha.. okey, pada asal nya saya cuma nak beli mp3 yang mungkin dapat membantu mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi, namun siapa tahu kan?? manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya..

** Janji seorang manusia.
okey, apabila musin cuti atau cuti semesta, saya akan buat kerja part time.. so, ada lah kawan saya ni... dia kata nak jual kan mp3 dia kepada saya, perkara ini boleh terjadi apabila saya menceritakan hajat saya hendak ke low yat untuk mencari mp3. mp3 yang kawan saya hendak jual ni mempunyai harga yang agak mahal namun mempunyai kualiti yang bagus iaitu hippo blue.
"adib, kau beli kat aku jela.. aku jual aku nye hippo blue(mp3), hippo box(amp music), dan juga earphone aku" kata atoi iaitu kawan saya berkata. " kau biar betul toi, kau nak jual RM300 padahal kau punya harga semua tu dah cecah RM700, kau jangan kene kan aku bro, aku malas nak main-main la" balas saya.
"aku memnag nak pakai duit la dib, aku jual jela kat kau.. lagi pun aku nak beli ipod dah ni.. aku jual je la" balas lagi atoi kepada saya, lepas dari kata-kata tersebut, saya pun bersetuju untuk membeli nya...
punya la gembira, hilang satu masalah, dah la murah lak tu. kata saya dalam hati.
bak kata dari pengasas pengakap dunia iaitu baden powell mengatakan kata-kata terakhir beliau
"tuhan akan membantu dan menolong di dalam kerja-kerja mu"
scouting for boys#

*** Janji seorang manusia 2.
Saya terasa amat gembira bila memikirkan ssatu perkara sudah selesai, malah memberi keuntungan pulak tu. tiba la suatu hari ini dimana saya ingin mendapatkan barang dari atoi, namun bila saya bertanya dia mula berubah ikiran. dia kata RM300 hanya untuk hippa box dan hippo blue, sebabnya harga earphone tu agak mahal dan tidak berbaloi untuk dijual, apa yang mampu saya cakap, takpe la.. tujuan utama adalah untuk mendapatkan mp3 bukan benda lain.. tiba nya esok, dia kata sayang pulak nak jualkan hippo blue sebab dia takut boring, saya mampu bersabarje la.. sampai hari terakhir dimana saya hendak balik ke kolej dia mula berubah fikiran dan tidak mahu menjual kepada saya. atas alasan sayang kan benda tersebut. Patut kah saya mencarut kepada dia????
"only two patch for deal that is dead or alive"
# Alexender The Great

**** saat - saat terakhir
lagi sehari untuk saya mencari mp3 kerana mp3 ialah perkara atau agenda yang mesti saya dapat dan tunai kan. untuk perhatian semua, saya adalah jenis manusia yang suka mengikut perancangan dan sekiranya perancangan tu tak jadi, ia mungkin akan menjejas kan keseimbangan hari tersebut. hikhik.. okey, masa hari terakhir tersebut saya pun pergi la lowyat tuk cari.. dengan bajet RM300... hanya untuk mendapatkan mp3. cari punya cari terjumpa satu kedai ni yang menjual sony mp3 yang baru. harga RM199 untuk 2 gigabyte.. dalam hati memang dah nak ambik dah, tapi tiba-tiba saya dapat satu panggilan dari tempat kerja. penggilan tersebut untuk memberitahu tentang ganjaran yang sepatutnya saya ambil pada hari tersebut, saya berfikir.. takpe pergi dulu. nanti saya baru beli. sampai je times square... terjumpa sebuah kedai Mac studio dimana kedai tersebut menjual barang-barang apple.. taktau kenape saya pun masuk dalam just tuk tengok2. terkejut dengan barangan tersebut. Ipod nano new version 2 gig dengan harga Rm175??? biar betul. dipendekkan cerita memang itu la harga dia..saya pun dengan bangga nya. beli la satu..


* kesimpulannya... saya bukan nak berlagak dengan barangan yang berharga. ada yang kata budak k.l ni nak guna barang-barang mahal la. itu la ini la. padahal bende tu lagi murah. siapa kata orang k.l tak pandai berjimat?????
boleh terdetik tuk beli barangan apple ni sebab:-
-murah
-jaminan
-kualiti
-cantik
-berjenama

so guys korang carik la mp3 yang ada semua ciri-ciri tu. dan pastikan harga tu yang paling utama. dan itu saja dari saya. sekian.