Tuesday, February 15, 2011

ipod nano?

assalamualaikum wahai pembaca sekalian..

pertama sekali saya ingin memohon maaf atas dah lama tak post.. kepada sifu2 saya, jangan la marah.. semenjak dua menjak ni sebuk sangat. maklum la, pelajar universiti. okey, my last post masa sebelum cuti tahun baru cina... saya ada benda nak tunjuk hasil dari cuti tersebut. ini dia..



my new ipod nano!!!!


macam mana??? menarik kan???
mesti ada pembaca anggap saya ni orang kaya la.. belagak la.. itu la ini la...
untuk pengetahuan semua, tujuan saya buat post kali ni nk bercerita skit pasal produk ni dan juga berkaitan janji janji yang dibuat oleh manusia itu sendiri.

*Tujuan pembelian benda ni.
petama sekali semua pembaca dah tau yang saya ni seorang penuntut universiti, saya juga mengambil satu kursus yang boleh tahan jugak la susah nya... mungkin bagi orang lain kursus ni senang, tapi bagi saya memang susah sebab saya ni kurang bijak sikit.haha.. okey, pada asal nya saya cuma nak beli mp3 yang mungkin dapat membantu mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi, namun siapa tahu kan?? manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya..

** Janji seorang manusia.
okey, apabila musin cuti atau cuti semesta, saya akan buat kerja part time.. so, ada lah kawan saya ni... dia kata nak jual kan mp3 dia kepada saya, perkara ini boleh terjadi apabila saya menceritakan hajat saya hendak ke low yat untuk mencari mp3. mp3 yang kawan saya hendak jual ni mempunyai harga yang agak mahal namun mempunyai kualiti yang bagus iaitu hippo blue.
"adib, kau beli kat aku jela.. aku jual aku nye hippo blue(mp3), hippo box(amp music), dan juga earphone aku" kata atoi iaitu kawan saya berkata. " kau biar betul toi, kau nak jual RM300 padahal kau punya harga semua tu dah cecah RM700, kau jangan kene kan aku bro, aku malas nak main-main la" balas saya.
"aku memnag nak pakai duit la dib, aku jual jela kat kau.. lagi pun aku nak beli ipod dah ni.. aku jual je la" balas lagi atoi kepada saya, lepas dari kata-kata tersebut, saya pun bersetuju untuk membeli nya...
punya la gembira, hilang satu masalah, dah la murah lak tu. kata saya dalam hati.
bak kata dari pengasas pengakap dunia iaitu baden powell mengatakan kata-kata terakhir beliau
"tuhan akan membantu dan menolong di dalam kerja-kerja mu"
scouting for boys#

*** Janji seorang manusia 2.
Saya terasa amat gembira bila memikirkan ssatu perkara sudah selesai, malah memberi keuntungan pulak tu. tiba la suatu hari ini dimana saya ingin mendapatkan barang dari atoi, namun bila saya bertanya dia mula berubah ikiran. dia kata RM300 hanya untuk hippa box dan hippo blue, sebabnya harga earphone tu agak mahal dan tidak berbaloi untuk dijual, apa yang mampu saya cakap, takpe la.. tujuan utama adalah untuk mendapatkan mp3 bukan benda lain.. tiba nya esok, dia kata sayang pulak nak jualkan hippo blue sebab dia takut boring, saya mampu bersabarje la.. sampai hari terakhir dimana saya hendak balik ke kolej dia mula berubah fikiran dan tidak mahu menjual kepada saya. atas alasan sayang kan benda tersebut. Patut kah saya mencarut kepada dia????
"only two patch for deal that is dead or alive"
# Alexender The Great

**** saat - saat terakhir
lagi sehari untuk saya mencari mp3 kerana mp3 ialah perkara atau agenda yang mesti saya dapat dan tunai kan. untuk perhatian semua, saya adalah jenis manusia yang suka mengikut perancangan dan sekiranya perancangan tu tak jadi, ia mungkin akan menjejas kan keseimbangan hari tersebut. hikhik.. okey, masa hari terakhir tersebut saya pun pergi la lowyat tuk cari.. dengan bajet RM300... hanya untuk mendapatkan mp3. cari punya cari terjumpa satu kedai ni yang menjual sony mp3 yang baru. harga RM199 untuk 2 gigabyte.. dalam hati memang dah nak ambik dah, tapi tiba-tiba saya dapat satu panggilan dari tempat kerja. penggilan tersebut untuk memberitahu tentang ganjaran yang sepatutnya saya ambil pada hari tersebut, saya berfikir.. takpe pergi dulu. nanti saya baru beli. sampai je times square... terjumpa sebuah kedai Mac studio dimana kedai tersebut menjual barang-barang apple.. taktau kenape saya pun masuk dalam just tuk tengok2. terkejut dengan barangan tersebut. Ipod nano new version 2 gig dengan harga Rm175??? biar betul. dipendekkan cerita memang itu la harga dia..saya pun dengan bangga nya. beli la satu..


* kesimpulannya... saya bukan nak berlagak dengan barangan yang berharga. ada yang kata budak k.l ni nak guna barang-barang mahal la. itu la ini la. padahal bende tu lagi murah. siapa kata orang k.l tak pandai berjimat?????
boleh terdetik tuk beli barangan apple ni sebab:-
-murah
-jaminan
-kualiti
-cantik
-berjenama

so guys korang carik la mp3 yang ada semua ciri-ciri tu. dan pastikan harga tu yang paling utama. dan itu saja dari saya. sekian.

Thursday, January 27, 2011

grenade

assalamualaikum.

okey, kali ni nak share satu lagi lagu kegemaran saya. grenade!!!
lagu ni best walaupun dia mengajar kita tuk bunuh diri, kite just ambik seni dan juga kebaikan dia sahaje...
janagn ambik pengajran yang tak elok, seperti, bunuh diri dan juga menarik piano ke merata-rata tampat. haha..
enjoy,
                                    


macam mane?? best???
sekian

sakitnya!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum,
okey guys, kat sini kita nak cakap pasal sakit. setiap kali sakit, mesti kita badmud, maki-maki orang, dan macam -mcam lagi. macam saya dalam minggu ni... kene ulser... sakit wooooo!!!
masa hari isnin meracau carik garam.. carik punye carik, dapat ka mintak kat kafe skit.. tak kene kan bayaran pun..
Mase letakkan garam kat ulser tu.. mak ai...... perit die... sampai mengalir air mata. sakit sangat.
terjaga jam 3 pagi pasal ulser tu. dengan ptptn tak masuk lagi, kerja banyak. macam-macam masalah. tension!!!!!!!!!!!!!!!!
sampai la satu hari ni..saya terfikir kenapa aku mesti rase sakit ni??
dan aku pun tersenyum, rupa-rupa ALLAH masih sayang kat aku.. walaupun aku kurang taat, aku lalai, ingkar. tapi, allah tetap bagi aku sakit supaya aku ingat kat dia, dan orang kata bila kita dalam keadaan susah ni allah sedang mengampun kan dosa-dosa kecil kita..
lepas dari tu, aku jadi tak marah lagi. sentiasa berfikir dulu sebelum bertindak.
kalau korang rasa sakit tu, sila la terima dengan seadanya..
sekian..

Wednesday, January 26, 2011

dugaan

"Tak sabarnye nak balik kuala lumpur dengan awak.. boleh naik bus dengan awak, jalan-jalan dengan awak." kata malina terhadapat teman lelakinya.

setiap hari mali mengira masa untuk sampai pada hari kejadian, tiket dah beli, duit dah sedia, perangcangan semua dah sedia, tinggal nak sampai hari tu je. rasa macam lama betul baru nak sampai hari tu. sempena dengan cuti sem ni mali ingat kan nak jalan-jalan kat kl, maklum la.. dah lama tak berjalan-jalan kat ibu kota tu.

pada suatu hari, mali pergi kelas seperti biasa dan dengan menghadiri kuliah-kuliah dan aktiviti yang sedia ada. tiba-tiba satu SMS dari teman lelakinya, bertulis, "mali, ptptn masuk lambat la... macam mane ni??? kite masing-masing dah la takde duit nak jalan-jalan. macam mane ni????"
hm... mungkin satu dugaan yang kecik je kowt. mali pun balas la SMS tersebut."takde masalah, mali pun ade duit skit, guna duit mali dulu tak pun kita jimat-jimat la sampai sana, kita kan dah biasa berjimat dan berkeadaaan takda duit ni. jangan risau la". selesai satu masalah kerana teman lelaki mali juga berasa sedikit serba salah tetapi mali tetap berkeras untuk mengikut plan asal.

bila masalah dah selesai, datang lagi satu.. selama ini iket ke kuala lumpur tak penah-penah nak abis, mendengar khabar angin, tiket ke kuala lumpur hanya sedikit. teman lalaki mali terus bergegas ke stesen tuk beli tiket dan akhirnya dapat bas walau pun agak kelam kabut sedikit. satu lagi masalah dah selesai.

dan bila lagi 2 hari untuk sampai hari kejadian tersebut.. mali berasa amat bersalah terhadapat teman lelakinya kerana trip kali ni berkemungkinan tidak mendapat restu dari ibu bapa mali..

Apa yang boleh mali buat???
hanya terima seadanya.....
denagn kata lain, kita hanya mampu merancang, namun yang menuntu kan????
selamat berfikir.

Tuesday, January 25, 2011

duit???

Assalamualaikum...

okey, saya mintak tolong pembaca berfikir sejenak.. apa perkara kalau dalam dunia ni kita takde, kite akan mati.
saya penah tanye soalan ni dari banyak orang dan jawapan nya adalah..
udara, nyawa, "kebenaran"  dan macam-macam lagi. tapi bila tanya kat seorang kawan saya yang berbangsa cina. dia menjawab "duit la". Agak terkejut saya ea bila mendengar. tapi apabila berfikir, saya hampir bersetuju dengan apa yang diperkatakan. saya pun tanye la kawan saya ni, " kalau ada duit berjuta-juta pun kalau takde udara macam mane?" dia menjawab"you tau tak adib, suatu hari nanti udara akan jadi limit, dan kita hanya boleh beli udara yang terhad dekat muka bumi, so kalau siapa yang miskin akan mati la"
tersentak dengan jawapan dia. secara tak sedar, bumi kita diancam pencemaran yang agak teruk.

saya masih tak mengalah dengan jawapan die, saya pun tanya la dia" macam mane lak kalau dari sudut agama??? penting ke duit tu? padahal kita tau yang agama ni adalah penting dalam kehidupan dan tidak dituntut untuk mengejar harta, macam mane??"
untuk maklumat, kawn saya ni nama die june dan dia mengambil matapelajaran tasawur dan amat berminat dengan agama islam. lalu die pun manjawab soalan saya tadi.
"adib, memang dari segi keagamaan tidak dituntut untuk mengejar harta dunia. tapi dalam agama islam saya pernah dengar ustazah fira (cikgu sekolah saya) dia cakap, umat islam membuat ibadat dengan banyak macam esok hendak kiamat, dan mencari rezaki macam kita hendak hidup seribu tahun lagi"
terkejut dengan jawapan tu, macam mane insan yang bukan islam boleh keluarkan jawapan macam tu padahal bile kite tanye orang islam sendiri susah kita nak carik jawapan macm tu.
di sambung lagi.
"ustazah fira pun penah cakap, bagi lelaki yang sempurna syarat tuk sembahyang, dituntut untuk ke masjid untuk sembahyang jumaat, tapi selepas dari sembahyang tu, bertaburan la di muka bumi, awak faham kan adib??"

saya senyum, itu adalah pengetahuan asas bagi seorang islam, tapi takde orang pun guna kan ilmu-ilmu macam tu tuk manjawab soalan-soalan pelik.semenjak dari hari tersebut, saya dah bermula berfikir dengan lebih terbuka dan sentiasa untuk mencuba meletakkan agama di hadapan sebelum membuat sesuatu keputusan.
sekian....

Monday, January 24, 2011

NICE~~~~

Assalamualaikum..
okey, hari ni saya nak share satu video yang menunjukkan bakat seseorang. sekarang di malaysia terkenal dengan budak-budak yang ade bakat, menyanyi, rakam dan masuk youtube dan saya name kan fenomena ini sebagai fenomena "merakam bakat". memang dah banyak sangat da. sume pasal gara-gara nak jadi artis. semoga berjaya la kepada semua yang sedang berusaha.
back to topic, video yang saya nak tunjuk ni adalah video yang menunjuk kan seorang yang saya pun tak kenal lagi siapa. tapi bagi saya die memang best.
enjoy~~~








macam mane?? okey tak??
mungkin selera lain-lain. so terpulang apa korang nak komen, but for me,
this guy memang bagus dan best.
dekat sini kita dapat lihat, bukan sahaja kat negara kite yang ada fenomena"merakam bakat" malah diluar negara pun sama.
itu sahaja..
sekian terima kasih

Talking to the moon

mesti korang penah dengar kan perkataan ni..
mesti la penah, die famous skrang, lagu bruno marz.
ni lagu die, enjoy..
amacam???
bestkan?
tapi ape yang aku nak cter kat sini bukan pasal lagu ni, aku just terfikir, kehidupan aku diwaktu malam..


********
waktu sekolah
-masa waktu sekolah agak bebas la kan, dan aku ni bukan nye jenis yang study waktu malam. malam je mesti aku tolong kat kedai ibu abah aku. bukan nak tunjuk rajin, tapi memang kite adik beradik dilatih macam tu. bagi kiteorang malam tu bukan masa berehat. okey masa waktu sekolah aku akan tolong kat kedai and then kalau ada masa terluang aku akan pergi dekat tempat kegemaran aku, cyber cafe. dari aku kecik hingga aku besar, situ la tempat aku paling banyak buang duit. tapi aku gembira jumpa kawan, online, chatting, main game. macam-macam la. dan bile setiap kali aku balik lewat malam, aku berjalan mesti pandang bulan. memang jadi habit aku kowt.

Di universiti
- skarang aku berada di universiti, kehidupan aku terus jadi lain. tapi aku dah bersedia dengan semua ni. aku merupakan budak yang berada di bandar yang tak penah mati, kini aku berada di pekan yang kecik. bukan kutuk, memang kecik. lain kehidupan aku kat sini.. setiap malam aku akan duduk kat kerusi, dan buat kerja-kerja yang melambak, ini bukan salah pensyarah, ni adalah akibat dari tindakan aku yang terlalu komitmen dalam aktiviti-aktiviti universiti. tapi aku ade satu habit yang tak penah berubah. aku tetap aku tengok bulan dan aku jadi tenang. kalau orang tanye kenape... aku just senyum je la.